Tuesday 16 October 2012


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)


ISNIN(5 NOV)-8.00 PAGI-10.15 PAGI-BAHASA MELAYU 1
                             -11.00 PAGI-12.15 TGH HR-PENDIDIKAN SENI VISUAL 1
                             -2.00 PTG-4.30 PTG-BAHASA MELAYU 2
SELASA(6 NOV)-8.00 PAGI-9.45 PAGI-BAHASA INGGERIS 1
                                 -10.30 PAGI-12.45 TGH HR-BAHASA INGGERIS 2
RABU(7 NOV)-8.00 PAGI-9.00 PAGI-SEJARAH 1
                            -10.00 PAGI-12.30 TGH HR-SEJARAH 2
KHAMIS(8 NOV)-8.00 PAGI-9.15 PAGI-MATHEMATICS 1
                                  -10.00 PAGI-12.30 TGH HR-MATHEMATICS 2
ISNIN(19 NOV)-8.00 PAGI-10.00 PAGI-PENDIDIKAN ISLAM 1
                                -11.15 PAGI-12.55 TGH HR-PENDIDIKAN ISLAM 2
RABU(21 NOV)-8.00 PAGI-9.15 PAGI-SCIENCE 1
                               -10.00 PAGI-12.30 TGH HR-SCIENCE 2
SELASA(27 NOV)-8.00 PAGI-9.15 PAGI-PERDAGANGAN 1
                                    -10.00 PAGI-12.00 TGH HR-PERDAGANGAN 2
KHAMIS(29 NOV)-2.00 PTG-5.00 PTG-PENDIDIKAN SENI VISUAL 2
KHAMIS(6 DIS)-11.15 PAGI-12.30 TGH HR-EKONOMI ASAS 1
                                 -2.00 PTG-4.00 PTG-EKONOMI ASAS 2

#Aq update pe yg amik je... :)



♥♥ HoPe YoU EnJoY and LiKe It ♥♥


thanks for reading

Saturday 13 October 2012


TIPS : Meningkatkan daya ingatan...


Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.



♥♥ HoPe YoU EnJoY and LiKe It ♥♥


thanks for reading

DOA-DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta). 

Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja. 

Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak).

Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. 

Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa.

Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah. Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka.

Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.

Secara ringkasnya adab berdoa adalah seperti berikut:
1.    Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar)
2.    Menutup aurat
3.    Menghadap Qiblat
4.    Dalam keadaan khusyu'
5.    Tidak tergesa-gesa
6.    Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah..
7.    Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
8.    Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan
9.    Akhirkan dengan selawat dan salam
10.  Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu


Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Antaranya ialah.
#    Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
#    Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

#    Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
#    Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
#    Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
#    Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
#    Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
#    Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
#    Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

#    Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.


Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah

1.    Doa kecergasan.









2.    Doa hilangkan darah gemuruh








3.   Doa ketika memasuki dewan peperiksaan




 4.   Doa minta dapat petunjuk







5.   Doa mendapat idea yang baik






6.   Doa minta tambah ilmu






7.   Doa penerang Hati







8.   Doa ketika menghadapi kesukaran








9 .  Doa bila terlupa






10.   Doa mudah hafal/faham










♥♥ HoPe YoU EnJoY and LiKe It ♥♥


thanks for reading